Monday, March 30, 2009

Microsoft Access

Acces adalah cara mudah untuk kita membuat database. Melalaui database, data-data yang telah kita masukkan mudah dicari dan dirujuk semula.

Cara-cara membuat database mudah:


1) Klik Blank Database. Kemudian namakan File (cth: Pelajar) dan klik Create.


2) Apabila muncul Table 1, taipkan maklumat yang ingin diisi seperti Nama, IC, No Tel Rumah, nama Bapa, Pekerjaan Bapa, gaji Bapa, Nama Ibu, Pekerjaan Ibu Dan Gaji Ibu dan kemudian namakan table tersebut (cth: Maklumat Peribadi) dan Save.


3) Berkenaan dengan gaji, untuk menghasilkan RM maka pergi ke Datasheet>Data Type dan Format perlu ditukar menjadi Currency.


4) Kemudian klik Table yang baru dengan cara klik Create>Table.


5) Isikan maklumat yang dikehendakki dan namakan Table tersebut (cth: Kokurikulum, Akademik 1, Akademik 2 dsbnya)


6) Setelah selesai membuat table (maklumat-maklumat yang dikehendakki seperti Maklumat Peribadi, Kokurikulum dan Akademik), pergi ke Database Tools dan klik Relationships.


7) Satu kekotak Show Table akan muncul dan Add table-table yang ingin dirangkaikan. Seret tetikus dari Table ke Table sehingga muncul kekotak Edit Relationships. Maka, setiap table akan berhubungan antara satu sama lain.


8) Untuk membuat borang (Form), klik Create>More Forms>Form Wizard dan pilih apa yang ingin dimasukkan dalam borang tersebut. (Sila ikut arahan yang telah ditetapkan dalam Form Wizard)


9) Untuk membuat pertanyaan (Query), klik Query Wizard>Simple Query Wizard dan klik OK. Kemudian, ikut arahan yang telah ditetapkan dalam Query Wizard.


Contoh 1: Jika query mahukan gaji ibu atas RM2000 sahaja maka selepas proses di atas, sila klik Home>View>Design View. Akan muncul kekotak yang terkandung maklumat yang diminta sebelum ini. Maka, untuk mencari gaji ibu atas RM 2000 sila pergi ke bahagian gaji ibu dan buat formula “>2000” dan lihat hasilnya. Gaji ibu atas RM 2000 sahaja yang dipaparkan.


Contoh 2: Jika query mahukan penyertaan pelajar dalam unit beruniform pengakap sahaja, selepas membuat Query Wizard, sila klik Home>View>Design View. Akan muncul kekotak yang terkandung maklumat yang diminta sebelum ini. Selepas itu pergi ke bahagian unit beruniform dan buat formula “pengakap”. Hanya pelajar yang menyertai pengakap sahaja dipaparkan.

10) Melalui Form atau Query anda boleh membuat laporan (Report) iaitu, klik Create>Report Wizard dan ikut arahan yang diberi sehingga selesai.

'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 30.3.09 | 0 comments  
Friday, March 27, 2009

WebQuest.Org


Cara-caranya:

1) Sila buka http://www.webquest.org/ Selepas itu klik pada find Web Quests dan pada halaman yang seterusnya klik anak panah yang menunjukkan Quest Garden.


2) Sila klik pada REGISTER FOR 31 DAY TRIAL dan kemudian klik Register


3) Sila penuhkan maklumat anda keseluruhan. Setelah mengisi maklumat anda, klik Submit


4) Sila klik Create a New Webquest seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.


5) Anda boleh mula mencipta Webquest anda. Ikut pada arahan yang disediakan. Ia mesra pengguna kan? Selamat Mencuba!!

'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 27.3.09 | 0 comments  
Thursday, March 26, 2009

Penambahbaikan Microsoft Word: Brosur

Untuk membuat brosur atau pamplet, tidak sesusah mana. Apa yang penting, KERJASAMA! :p Apa yang penting, bagaimana kita hendak menjadikan kertas A4 tersebut dibahagikan kepada 3, 4 dan sebagainya untuk dijadikan pamplet.

Cara-caranya amat mudah iaitu:

1. Buka Microsoft Word.

2. Klik Margins>Custom Margins.


3. Selepas itu akan muncul satu kekotak baru. Dalam Margins ubah orientasi kertas menjadi Landscape.



4. Dalam bahagian Paper ubah saiz kertas menjadi A4.



5. Untuk membahagikan kertas A4 kepada tiga bahagian tersebut kepada beberapa bahagian, klik Page Layout>Columns>Three.

5. Lihatlah hasilnya sekarang. Mudah kan!

'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 26.3.09 | 0 comments  
Wednesday, March 18, 2009

Membuat Group di Yahoo Group

Cara-caranya:

1. Buka laman web http://www.yahoo.com/ dan klik pada "Group"



2. Klik pada Sign in.



3. Masukkan alamat email dan password email dan klik Sign in



4. Klik create a group. Pada Browse Group Categories (pilih kategori untuk group) cth: Schools & Education



5. Kemudian terpapar lagi Search Group Categories or Browse Group Categaries (pilih kategori untuk Schools & Education), cth: Colleges and Universities


6. Klik Place my group here


7. Pada ruangan Describe your group;
a) Namakan group (cth: Lat Group)
b) Enter Your Group E-mail Address (cth: latifi_latin@yahoogroups.com)
c) Tulis Description ringkas di dalam kotak yang disediakan (cth: jom..berkenalan!!)



8. Pada ruangan Select Your Yahoo! Profile and Email Address, masukkan word verification (cth: 3BmLM) dan klik Continue



9. Apabila selesai, anda boleh mula menjemput rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja untuk join group anda.




Klik pada INVITE PEOPLE TO JOIN. Masukkan alamat e-mail kawan-kawan anda dan klik Submit Invite.


MUDAHKAN! SELAMAT MENCUBA!!

'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 18.3.09 | 0 comments  
Monday, March 16, 2009

Membuat weblog di blogger.com

Cara-caranya:


2. Sign up di blogger dengan alamat e-mail dan password yang sedia ada. Cth: username, damayantty@yahoo.com.my dan password, *******. Kemudian klik pada kotak yang bertulis CREATE A BLOG akan terpapar ruangan seperti di bawah pada skrin komputer.


3. Masukkan maklumat yang diperlukan dalam Create a Google Account dan klik Continue


4. Namakan blog anda dalam Name your blog


5. Pilih rekabentuk yang dikehendaki dalam Choose a template

6. Blog asas anda telah dihasilkan dan anda boleh menggunakan blog tersebut. Klik Start Blogging
6. Melalui aplikasi weblog atau lebih dikenali sebagai blog, anda boleh menulis pendapat, artikel, atau apa-apa sahaja di dalam blog anda sendiri melalui kekunci Post. Di samping itu anda juga boleh ubah sistem atau setting blog berkenaan melalui kekunci Setting. Untuk menukar templet atau ingin mencantikkan blog dengan menambah gadjet (aksesori tambahan), anda boleh klik pada Layout. Jalan kerja anda dilakukan di dalam Dashboard dan klik View Blog untuk melihat hasil kerja blog anda.


7. Contoh blog permulaan yang telah di"view"kan...


Selamat menjadi blogger!!: )

'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 16.3.09 | 0 comments  

SPIN UKM, Bangi

Cara-caranya:

1. Buka laman web http://www.spin.ukm.my/

2. Kemudian log in dengan masukkan id dan password pelajar. (cth: No.Matrik: P48701 dan password: *******)


3. Kemudian akan terpapar di skrin komputer tentang maklumat diri pelajar dan senarai subjek yang diambil oleh pelajar. (cth: GGGA5022: Pentaksian Pembelajaran) Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang subjek itu pelajar perlu klik pada nama subjek.


5. Kemudian akan terpapar nama-nama pensyarah yang mengajar subjek tersebut. (cth: Dr. Jamil Bin Ahmad) Di sini maklumat mengenai pensyarah seperti no.telefon, email juga boleh diperolehi. Pada skrin di sebelah kiri dapat dilihat pelbagai info dan maklumat seperti maklumat kursus, nota pensyarah dan tugasan pelajar.

6. Untuk memuat turun nota pensyarah, klik Fast Download>Lecturer Notes. Pilih nota yang ingin dimuat turun dan klik Create Zip File.

7. Kemudian, klik lagi Click Here to Download. Akan muncul satu kekotak lain dan anda boleh pilih samada nak buka terus (Open), atau simpan terlebih dahulu (Save) atau membatalkan (Cancel). Itu sahaja!!


'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 16.3.09 | 0 comments  
Tuesday, March 10, 2009

e-Learning


e-Learning merupakan suatu jenis pengajaran dan pembelajaran yang berlaku melalui perantaraan media Internet, Intranet atau media jaringan komputer lain. Pengaplikasian e-Learning adalah satu sistem yang melewati sempadan masa dan waktu yang mana proses P & P boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.
Terdapat 3 komponen utama yang membentuk e-Learning iaitu:


'.:: Baca Seterusnya ::.'
Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 10.3.09 | 0 comments  
Subscribe to: Posts (Atom)