Thursday, January 29, 2009

Bermulanya langkah pertama...

2hb Januari...aku telah mendaftar sebagai pelajar program DPLI (Program Diploma Lepasan Ijazah) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Takdir Tuhan... apabila keluar nanti aku bakal menjadi seorang pendidik, mengajar anak bangsa, yang sebenarnya memang di luar jangkaanku kerana seingat aku kerjaya guru tiada langsung dalam senarai pilihan cita-citaku sebelum ini.Lebih memeranjatkan aku, apabila bidang minor aku adalah Pendidikan Khas yang mana aku akan dilatih mengajar kanak-kanak kurang upaya dan kemungkinan besar akan beralih cabang menjadi guru Pendidikan Khas kelak. walaubagaimanapun, situasi ini tidak menjadi masalah bagiku kerana tujuan matlamat pendidikan itu sendiri ingin menyampaikan ilmu, mendidik dan membimbing dan aku sedang ke arah itu sekaligus aku perlu berbangga sebenarnya memandangkan tanggungjawabku lebih mencabar kerana perlu mengenali dan mengajar kanak-kanak istimewa, yang mana memerlukan perhatian yang lebih berbanding kanak-kanak tipikal.

Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 29.1.09 |  

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)