Friday, January 30, 2009

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)

Bidang Pendidikan Khas yang aku pilih di UKM lebih kepada skop kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Dengan kata lain, kanak-kanak ini tidak berupaya mengikuti pembelajaran dalam kelas biasa bersama kanak-kanak yang tipikal. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini kebiasaannya mempunyai konsep kendiri yang negatif, motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat dan kecenderungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit.Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat (1986) mendifinisikan:
"Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan."

Walaubagaimanapun, kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak melibatkan kanak-kanak cacat yang menghadapai masalah pembelajaran kerana kecacatan mental (kerencatan akal), penglihatan, pendengaran, emosi dan fizikal yang mana kanak-kanak cacat lebih memerlukan perkhidmatan dan pendidikan yang lebih daripada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Jelaslah di sini menunjukkan kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerak balas bahasa, samada tulisan, perpsepsi kognitif atau aktiviti psikomotor.
(sumber diolah daripada Buku Perkembangan Kanak-Kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang)

Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 30.1.09 |  

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)