Monday, February 16, 2009

Tak Semudah itu...

Dalam entri kali ini, aku ingin memperkatakan tentang Microsoft Office yang merangkumi di dalamnya program Word, Excel, Power Point dan lain-lain lagi. Seingat aku ketika aku mula-mula menggunakan kemudahan Microsoft Office ini adalah sekitar umurku awal belasan tahun...sekolah menengah. Mentaliti aku waktu itu, Microsoft Word hanya untuk menaip sahaja. Perkara yang paling mudah. Hanya menaip..taip surat, tugasan atau assignment..itu sajer.

Nak dijadikan cerita, semasa aku belajar dalam kelas Teknologi dan Inovasi (DPLI09), tugasan Microsoft Word pertama aku ialah membuat brosur. Ditambah lagi dengan membuat buku program... Senang jer..taiplah:) Tetapi, pensyarah yang mungkin dapat membaca fikiranku:) telah mewajibkan kami mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Maksudnya, ikon-ikon kecil atau bahasa-bahasa ringkas dalam Word, yang aku tak pernah gunakan sebelum ini perlu diaplikasikan dalam menghasilkan brosur tersebut. Tanpa diajar atau dibimbing dengan sewajarnya, aku dan kawan-kawan yang kebanyakannya "jahil" dalam penggunaan Word ini, perlu menerokai sendiri maksud di sebalik hiasan-hiasan kecil yang tersusun kemas dalam aplikasi Word tersebut. Baru padan muka aku. Terkial-kial aku dibuatnya...heheh.

Mengenai tugasan Excel dan Power Point yang telah dihantar melalui kemudahan Yahoo Group!, aku harap dapat markah yang memuaskan hatiku sesuai dengan usaha aku yang "bermati-matian" membuatnya. Al-maklumlah, orang "pakar"..heheh. Tapi, bila difikirkan kembali banyak lagi yang aku tak tahu dalam memaksimumkan penggunaan aplikasi Word, Excel dan Power Point terutamanya. Semakin aku tahu sesuatu yang baru dalam perisian Office ini, banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya...memerlukan usaha dan minat gak dalam memperolehinya:)

Memang pada awalnya aku hairan "plus" bengang juga dengan pengajaran pensyarah aku ni pada mulanya. Macam tak mengajar je nampak gayanya. Tetapi bila difikirkan semula, dengan umur aku dan kematangan aku, aku perlu berusaha sendiri memburu maklumat atau input yang aku hendak. Bukannya hanya disuap dan disuap setiap kali masuk makmal komputer... Lagipun, secara tidak langsung, minda aku menjadi lebih aktif untuk belajar ICT...mencari punca dalam menyelesaikan masalah walaupun buat tugasan Excel sampai berjam-jam tak dapat-dapat.:)

Sekali lagi, tak mudah nak dapatkan sesuatu. Kita perlu berusaha ke arahnya...dan..ayat akhir aku Microsoft Word (termasuk juga yang lain-lan) tak semudah yang aku fikirkan(^_^)

Posted by .:Mohd Latiffi Latin:. at 16.2.09 |  

0 comments:

Subscribe to: Post Comments (Atom)